Monday, March 12, 2012

~CINTA~



Cinta

satu perkataan
yang boleh diklasifikasikan sebagai kata nama dan juga kata kerja (direct translation from english: Love is a noun and a verb)

benarlah kata orang.
cinta itu seharusnya memberi bukan memiliki..
"love is what you give to others not what you earn from them.."

memberi dalam erti kata
berkorban tanpa mengharapkan balasan

memberi dalam erti kata
sanggup melepaskan walaupun pahit asalkan yang dicintai bahagia
walaupun bukan bersama diri ini

dan
sungguh indah CINTA itu apabila diserikan dengan CINTA pada Ilahi
sungguh indah bila bercinta keranaNya
sungguh indah pabila bercinta dan terus bercinta sehingga ke syurgaNya

mencintai seseorang kerana diri dicintai si dia
atau mencintai seseorang kerana Allah
Pemberi segala kekuatan Cinta
Pencipta kepada Cinta itu sendiri
kekuatan yang takkan padam pabila mencintai keranaNya
kerana mencinta semata-mata kerana suatu yang kekal
akan kekal ..

subhanallah
indahnya Cinta pabila di sulami pengharapan kepadaNya


Ismi Ammar
G.Height
13.3.12


No comments:

Post a Comment