Monday, March 12, 2012

Aku, Insan Paling Susah Untuk Konsisten



Konsisten
(maaf..tak jumpa definisi.harap pembaca faham maksud konsisten.hehe..)


Bukan mudah untuk melaksanakan suatu perubahan
bukan mudah juga untuk tetap kekal melaksanakan perubahan tersebut


biar buat sedikit
asalkan di buat setiap hari
sehingga dapat menjadi tabiat
dan hari seterusnya akan terasa lebih mudah


aku seorang yang susah untuk konsisten
pabila hendak konsisten utk buat sesuatu
pasti akan ada suatu masa ianya di tinggal tanpa di ganti
pasti akan tertangguh 
pasti akan ada perkara lain yang mengganggu


dan adalah pasti.
MALAS adalah musuh utama konsisten


jadi apa ubatnya?
bagaimana untuk menjadi konsisten?
bagaimana untuk mencapai konsisten itu sendiri?


berdasarkan pengalaman dan percubaan ke atas diri sendiri
sebenarnya konsisten ini sangat mudah untuk dicapai
tersangat mudah
Syaratnya seperti berikut:
1. syarat kita mestilah seronok (enjoy) melaksanakannya


sbg contoh : 
kalau nak konsisten baca Quran, kena la ada rasa seronok baca Quran
barulah kita akan akrab dengan Quran.
kita akan sentiasa rasa rindu pada Quran




2.dalam masa yang sama juga
adalah perlu untuk kita mempunyai suatu matlamat untuk di capai
dan yang paling penting jangan lupa untuk tulis matlamat tersebut
tulislah matlamat anda walau di mana jua tempat yang mudah untuk dilihat


samada dalam diari
dalam phone
dalam google calendar
dan sebagainya


3. seterusnya action 
apa yang perlu anda buat untuk capai matlamat anda?


contoh : Aku target bulan ni tak tinggal solat dhuha 2 rakaat
action : setiap jam sekian2 MESTI solat dhuha

4. action tersebut mestilah di susuli juga dengan statistic
anda perlu keep track dengan apa yang anda buat
supaya anda lebih nampak perkembangan tabiat anda
sejauh mana prestasi anda dalam mencapai matlamat anda


di sini aku kongsikan satu aplikasi web yang aku dah guna sejak beberapa minggu yang lalu
aplikasi ini sedikit sebanyak membantu aku untuk konsisten dengan target aku
walaupun susah tapi ianyan bukan mustahil untuk dicapai
apabila tindakan-tindakan ini dibuat saban hari
maka ianya akan menjadi tabiat yang amat sukar untuk dibuang

www.irunurun.com
(maaf.sangat tak pandai pilih warna.. :) )










aplikasi yang sangat mudah untuk digunakan
masukkan tindakan yang anda inginkan
setkan tahap kepentingannya (priority level)
dan tiap2 hari masukkan samaada anda telah laksanakan atau tidak
(setakat ni score tak lepas C lagi...takpa..slow2 .lama2 nanti dapat la A..insyaAllah)


5. Motivation
carilah atau wujudkanlah keinginan dalam diri anda untuk melaksanakan sesuatu


contoh : "Aku tak boleh selamanya hidup sebagai org yang lalai..."

6. reflect/muhasabah
setiap minggu. check balik adakah anda melakukan apa yang sepatutnya anda laksanakan untuk capai
kalu minggu ni anda tak buat
azamlah untuk laksanakannya pada minggu hadapan..




selesai
(Tambah lagi la kalu nak tambah syarat2 untuk konsisten)
konsisten ni tak boleh tinggal
gunalah apa jua cara supaya anda sentiasa terasa ingin untuk melaksanakannya
jika semua syarat di tepati maka akan terasa mudah melaksanakannya
(terbukti berkesan dan sangat berkesan)


macamana nak atasi MALAS??
pada aku MALAS ni seperti virus


dan virus akan menyerang apabila antibodi badan lemah (pandai2 ja buat definisi sendiri...sila rujuk student Biologi kat fakta ni)


dari segi konsep komputer. kalau tak dak perisian nyah-virus atau internet security (antara pintu masuk virus adalah melalui perkongsian jarum usb dan koneksi internet)


jadi..
kalau nak lawan virus malas
kita kena la pasang perisian nyah virus dalam pemikiran kita
set kan hari2 kita supaya sentiasa ada aktiviti untuk di lakukan
jangan biarlah ruang2 yang kosong
perumpamaan virus malas ni adalah seperti menunggan basikal menuruni bukit
sangat mudah untuk hanyut jika dilayan perasaan malas ..


itu sahaja
sampai di sini sahaja


tanamkan sifat Kaizen (peningkatan sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik)
atau islah (perubahan diri ke arah yang lebih baik)


Ismi Ammar
Insan yang paling susah untuk konsisten
1.46
13.3.12
G.Height

3 comments:

  1. So happy to know that we are part of your life Ismi. Thank you for sharing this. Run hard!

    Travis Dommert, president of irunurun

    ReplyDelete
  2. thanks..from ur blog bru i thu irunurun..sgt membantu =)

    ReplyDelete