Wednesday, April 11, 2012

Manisnya IMAN

3 Syarat untuk merasai kemanisan iman


i. Mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya
ii.Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah
iii.Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk memasuki neraka




---------------------

Persoalan :
1.bagaimana yang dikatakan mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya?
adakah dengan hanya mengutamakan Allah dalam setiap keadaan atau lebih dari itu?
bagaimana pula mencintai Rasul melebihi segalanya (termasuk diri sendiri)
jikalau pada zaman para sahabat, Rasul berada di hadapan mereka. Jika dalam konteks sekarang,
bagaimana yang dikatakan sedemikian?

2.bagaimana pula mahu mencintai seseorang (tak semestinya cinta adam dan hawa) kerana Allah?
adakah yang dikatakan mencintai dia kerana Allah adalah apabila dia melakukan maksiat, kita menegurnya dan bukan redha dengan perbuatannya?
adakah yang dikatakan mencintai dia kerana Allah adalah dengan tidak redha dengan segala perhubungan yang membawa kepada api neraka?
adakah yang dikatakan mencintai dia kerana Allah adalah dengan sentiasa istighfar apabila teringat akan si dia?

3.benci kembali kepada kekufuran
ini yang paling susah
membuat mungkar itu ibarat turun bukit
tiada sebarang halangan
sebaliknya untuk membenci kembali kepada kekufuran itu pula sangat susah
ibarat org yang mengantuk disorongkan bantal, amat susah skali utk menolak bantal sbb sangat mengantuk


subhanallah
alhamdulillah
Allahuakbar

bantulah aku
berilah aku kekuatan

kekuatan untuk mencintaiMu dan RasulMu melebihi segalanya
kekuatan untuk mencintai seseorang itu semata-mata keranaMu Ya Allah
kekuatan untuk membenci kekufuran

Firman Allah s.w.t : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ” (Surah Al-Ankabut : 2,3)





CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

No comments:

Post a Comment