Sunday, July 29, 2012

MASA

"Yang paling jauh dengan kamu adalah masa lepas" - Imam Ghazali  



kan best kalu kita boleh kembali ke masa yang lepas
membetulkan segala kesalahan yang telah kita lakukan

buat pilihan yang betul
tak perlu hesitate dah
sebab kita dah tau apa kan jadi dengan pilihan yang lagi satu

tp kalu macam tu
tak adil la kan
sbb kalu kita bole kembali ke masa lalu
rasanya kita takkan maju ke hadapan
sebab kita akan asyik kembali ke masa lalu
dan membetulkan kesilapan pada masa kini
sehingga kita sibuk untuk menjadi sempurna
terlalu sempurna barangkali

sehingga akhirnya kita terperangkap di masa lalu
dan takkan bergerak ke masa depan
sedangkan 'hadiah' itu ada pada masa kini

yang, ada kebaikannya Allah tidak temukan manusia dengan mesin
merentas masa

wallahualam

Friday, July 20, 2012

Last day

*spoiler alert: this might be my last post

if the path to heaven and hell is as easy as this,
 I guaranty most people will know exactly which path to choose


Assalamualaikum wbt

apa khabar pembaca-pembaca sekalian? (ada pembaca ke kat blog ni?..)

salam ramadhan..
alhamdllh..
Allah masih sayangkan kita dan Dia telah sampaikan kita kepada bulan ramadhan

berbalik kepada tajuk di atas

Last day

pernah terfikir tak bahawa satu hari itu merupakan hari terakhir dalam hidup anda?
mesti pernah kan?
cumanya, ..selepas beberapa ketika keyakinan bahawa esok masih anda kembali semula dan kita kembali melakukan kemaksiatan dalam hidup

Aku seorang pendosa


kejadian yang berlaku pada hari Jumaat, 20 Julai bersamaan 1 ramadhan (disetengah negara)
betul-betul buat aku berfikir

Allah telah selamatkan aku
masih lagi membenarkan aku untuk hidup

kerana jikalau dilihat pada situasinya
mungkin aku sudah akan pergi menemuinya
segala kemungkinan untuk aku terus hidup
memang tiada

Kejadian


alkisahnya
bangun pagi, mandi, solat
cuma pagi ni skip baca Quran
kemudian basuh baju, selesai round pertama
buang air basuhan dan masukkan air baru..
Allah izin paip ke mesin basuh tercabut
dan lubang keluar air tersumbat
maka air yang laju keluar dari paip terus melimpahi balkoni
dan mula memasuki bilik tidur
bila air dan paras buku lali baru perasan

apa yang nak dhilight kat sini ialah
1.extension elektrik
2.mesin basuh

mungkin manufacturer mesin basuh dah buat sistem electronic y kalis air
so kalu mesin basuh dah tenggelam dalam air pun still takkan short circuit.
apapun, kemungkinan utk short circuit still ada

alhamdllh extension elektrik kat bilik tidur di letak pada paras yang tinggi
2 inchi tinggi dari lantai..
barang2 lain habis basah; kotak, tilam, almari buku..
still kemungkinan utk berlaku still tinggi

air masuk sehingga ke bilik satu lagi
dan extension wayar diletak di atas lantai
Allah izin plak tak on (munkin kawan dah tutup,sbb waktu aku tgk tu mmg off)
air dah pun masuk ke dalam extension tu
apapun, kemungkinan utk berlaku short circuit masih ada..

Ibrah dari ujian


Aku yakin Allah uji aku dengan ujian yang sama kali ni
cumanya melalui cara yang berbeza
dan Allah tunjukkan bahawa kematian itu dekat
sangat dekat..
apa sahaja kemungkinan yang berlaku.
kematian itu akan terjadi
tapi Allah selamatkan aku supaya aku sedar

andai haritu adalah hari terakhir aku
maka aku bukanlah orang yang beruntung di sana nanti
dengan dosa-dosa yang aku lakukan
dengan taubat yang aku lambat-lambatkan
masa yang aku bazirkan

acapkali aku ditimpa ujian
munking sebab aku susah lali dengan ujian yang sama
maka Dia ujian aku melalui pendekatan yang berbeza
walau hakikatnya utk tujuan yang sama

nasihat saya pada yang membaca
jangan ambil ringan setiap dosa yang anda buat
setiap detik adalah kemungkinan bahawa anda akan pergi menemuiNya
kematian itu dekat, sangat dekat sehingga kita tak dapat nak ramal bila 'dia' akan sampai

moga ini menjadi titik tolak supaya aku berubah sepenuhnya
moga peluang untuk berada dalam bulan ramadhan yang telah diberi akan menjadikan aku seorang yang bertaqwa

wahai pembaca, walau siapapun kalian
doakanlah saya
moga doa yang kalian tembakkan menguatkan saya

maafkan saya jika anda berbuat salah dengan anda
jika perlukan saya cakap depan2 bole email saya atau tinggalkan komen

Hometown,
1 Ramadhan 1433H
bersamaan 21 Julai 2012

--------------------------------------------------

"life is precious gift and do not take it for granted"

harini buat aku merasai betapa berharganya kata-kata:
"jika hari ini hari terakhir anda, apa yang anda akan lakukan pada hari ini?"

apa yang akan anda lakukan hari ini jika hari ni hari terkahir anda?


p/s: I already have another website (ismiammar.com) feel free to come by :)